Tempat Anak-Anak Belajar Sambil Bermain. Tadika, Taska, Transit, Kelas Membaca dan Kelas Mengaji.
Saturday, August 17
JKM dedah lebih 2,000 taska tidak berdaftar
Gambar dari Sinar harian .com
SUNGAI PETANI - Hampir 2,000 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di negara ini, belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM Malaysia, Dr Zaitol Salleh berkata walaupun ada peningkatan dari segi tahap kesedaran di kalangan pengusaha taska untuk berdaftar dengan JKM, masih ramai yang tidak mengambil inisiatif mendaftarkan taska mereka.
"Sehingga Julai lalu, keseluruhan taska yang berdaftar dengan JKM ialah 2,400. Berlaku peningkatan dari segi bilangan taska berdaftar iaitu pada 2008, jumlahnya hanya 245 taska, meningkat kepada 373 pada 2009, 483 (2010), 819 (2011) dan 2,045 tahun lalu.
"Kami menyasarkan 1,000 taska baharu berdaftar dengan JKM menjelang akhir tahun ini, namun bilangan taska yang tidak berdaftar lebih banyak daripada itu, hampir 2,000 taska termasuk yang baharu," katanya pada sidang akhbar selepas program pendaftaran dan insentif taska bersama JKM, di Kompleks Penyayang JKM Kuala Muda, di sini hari ini.
Zaitol berkata hanya 335 taska baharu yang berdaftar dengan JKM sehingga Julai lepas, dan pihaknya akan terus mengesan taska yang tidak berdaftar termasuk taska di rumah yang mengambil kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah, melebihi empat orang.
"Kami menggesa supaya taska yang belum berdaftar agar segera berdaftar. Kerajaan memperuntukkan RM15 juta di bawah Geran Penubuhan Taska dan Subsidi Yuran Pengasuhan berjumlah RM7.5 juta, dan ia dilihat satu galakan untuk pengusaha-pengusaha taska mendaftarkan taska masing-masing.
"Peruntukan ini merupakan pengiktirafan kerajaan bahawa perkhidmatan taska sangat penting kepada negara untuk membolehkan ibu bapa dan wanita bekerja selain menjamin kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak," katanya.
Zaitol berkata dari segi pemberian insentif, sejumlah RM3,000 diberikan kepada pengusaha taska di rumah yang berdaftar dengan JKM, RM10,000 untuk institusi taska yang mengambil antara 10 hingga 19 kanak-kanak, dan RM20,000 bagi institusi yang mengambil kanak-kanak melebihi 20 orang.
"Untuk tahun ini, kami mengeluarkan kompaun kepada tiga taska kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan JKM, masing-masing dikenakan kompaun maksimum RM5,000," katanya.
Mengenai kes-kes kemalangan atau kematian yang berlaku di taska, beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan kes seperti itu berlaku di taska tidak berdaftar dengan JKM.
"Orang ramai boleh menyemak senarai taska yang berdaftar dengan JKM di laman web rasmi JKM atau menghubungi pejabat kebajikan masyarakat yang berhampiran untuk mendapat pengesahan dan nasihat," katanya. - Bernama
petikan artikel dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/jkm-dedah-lebih-2-000-taska-tidak-berdaftar-1.192071
Thursday, November 29
Makanan Untuk Otak
petikan dari Majalah Pa & Ma - http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/makanan-untuk-otak-1.97791
Monday, November 19
Didikan Awal Penting.
Ada ibu bapa berasa tugas mengajar adalah tanggungjawab guru di sekolah, manakala mereka pula hanya memberi sokongan daripada segi moral dan kewangan bagi memastikan kejayaan anak dalam bidang akademik, bukannya memainkan peranan utama.
Menurut pengasas Tadika dan Pusat Perkembangan Didik Literasi Kiddies, Farah Waheeda Abdul Wahid, anak-anak adalah cermin kepada ibu bapa mereka.
Katanya, kajian mendapati selain faktor genetik, kanak-kanak mudah meniru persekitaran mereka dan ibu bapa adalah individu yang paling penting dalam hidup mereka, bukannya orang lain.
“Jadi tidak wajar menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada guru semata-mata, pengasuh atau lebih buruk lagi pembantu rumah.
“Terdapat lima perkembangan utama yang perlu diberi perhatian dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan moral.
“Bagaimana untuk mengharapkan anak yang pintar, rajin serta mempunyai pekerti mulia jika ibu bapa pula sebaliknya? Ibu bapa adalah guru terbaik buat anak-anak mereka,” katanya.
Didikan awal kanak-kanak banyak bergantung kepada personaliti atau gaya keibubapaan itu sendiri. Secara umumnya, ada empat cara yang boleh membentuk keperibadian anak-anak iaitu penguasaan, pengawalan, menyenangkan dan menenangkan hati.
Menurutnya, ibu bapa yang cenderung melindungi atau terlalu mengawal anak mereka secara tidak langsung akan mengehadkan daya saing serta memandang rendah keupayaan anak mereka untuk berdikari.
Contohnya, ada ibu bapa yang masih membiarkan anak mereka memakai lampin pakai buang walaupun umur menjangkau lima tahun, sedangkan kemahiran terbabit boleh dilatih seawal usia dua tahun lagi iaitu apabila anak berkenaan mula pandai bercakap dan menyatakan kemahuan kendiri.
Farah Waheeda yang sudah sembilan tahun terbabit dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak berkata, bayi lahir dengan berbilion juta sel neuron otak dan amat merugikan sekiranya sel terbabit tidak dirangsang dengan baik kerana ia akan mati begitu saja.
“Kajian menunjukkan kanak-kanak yang berumur kurang daripada empat tahun mempunyai daya serapan yang amat tinggi iaitu 200 peratus berbanding selepas melewati usia berkenaan.
“Pengalaman saya melatih anak sendiri seawal usia enam bulan menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Ini kerana ketika umurnya setahun, dia mula memahami perkataan yang diajar manakala pada usia menjangkau dua tahun, dia boleh membaca lebih 50 perkataan bahasa Inggeris,” katanya.
Baginya, mengajar anak kecil memerlukan kaedah seperti membaca yang menggunakan tiga kemahiran penting iaitu mengecam bunyi atau huruf, memahami bahasa yang dibaca serta mengaitkan cerita yang dibaca dengan pengalaman individu.
Kemahiran menulis pula memerlukan kesediaan pada motor halus dan ia satu kaedah yang paling berkesan, mudah dan sistematik menerusi fonetik dan multisensori.
“Melalui kaedah ini, anak-anak hanya perlu menyebut bunyi tanpa perlu mengeja.
Jadikan ia sebagai tabiat, tidak perlu lama, sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sehari.
“Selain itu, bagi meningkatkan kemahiran anak untuk belajar membaca dan menulis, ibu bapa juga perlu memilih perisian yang berfaedah untuk anak-anak mereka,” katanya.
Jika anak-anak tidak didedahkan dengan kemahiran membaca dan menulis seawal mungkin, mereka mungkin akan ketinggalan dalam bidang pelajaran.
Apabila keyakinan diri tergugat, kanak-kanak itu secara automatik akan kurang memberi tumpuan kepada apa yang diajar guru ketika mula memasuki sekolah, sebaliknya lebih gemar bermain.
Kanak-kanak yang dianggap lemah oleh guru seterusnya akan diletakkan di kedudukan meja di belakang kelas. Ini menyebabkan mereka seolah-olah dipinggirkan kerana kurang memberi tumpuan dan seterusnya menganggap diri sendiri tidak bagus hingga terus tercicir.
Disebabkan itu, didikan awal penting untuk anak-anak sejak usia muda kerana ia bukan saja memberi mereka pemahaman dan membantu mereka belajar membaca dan menulis dengan lebih cepat, tetapi lebih penting keyakinan diri mereka meningkat secara mendadak.
Apabila mereka mula memasuki sesi persekolahan dengan keyakinan yang tinggi, kanak-kanak itu memberi tumpuan kepada pengajaran guru dalam kelas, sekali gus membantu mereka semakin meningkat dalam akademik, seterusnya menjadi pelajar cemerlang.
Menurut Farah Waheeda, untuk ke tahun satu, kanak-kanak yang berumur enam tahun perlu menduduki Ujian Linus (Literasi dan Numerasi) untuk mengukur tahap membaca mereka.
“Bayangkan jika anak anda masih belum boleh membaca? Pasti dia tertinggal di sekolah dan tercicir dalam bidang akademik, juga paling penting, keyakinan mereka memahami pelajaran.
“Kanak-kanak yang sudah boleh membaca secara automatik akan suka membaca buku cerita. Membaca adalah kriteria utama untuk membuka kejayaan,” katanya.
Menurut Farah Waheeda, ibu bapa yang berminat mendidik anak mereka membaca dan menulis, boleh menjadikan bahan bacaan seperti buku bertajuk If I Have To Tell You One More Time oleh Amy Mc Ready, Child Of Our Time (BBC) oleh Tessa Livingstone dan Reading Magic oleh Mem Fox, sebagai sumber rujukan.
Mereka yang ingin melihat kejayaan mendidik anak-anak juga boleh menjadikan kejayaan Alia Amani, 2, yang sudah boleh membaca menerusi laman facebook.
Friday, November 16
Anak Lambat Bercakap (Bhgn 2)
Bagi masalah pertuturan pula, adalah biasa untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar bertutur untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang ‘pelat’ kerana ini adalah proses normal. Pelat atau ‘proses-proses fonologi’ ini berlaku sehinggalah sekitar lima hingga enam tahun di mana bunyi-bunyi pertuturan kanak-kanak akan terus bertambah baik dan akan menyamai bunyi-bunyi pertuturan orang dewasa. Apabila kanak-kanak tidak berjaya mengatasi ‘pelat’ ini pada tahap umur berkenaan, maka masalah pertuturan perlu dibantu oleh patologis pertuturan-bahasa.
Jelasnya seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata membebel atau ‘baby talk’ seperti aa , aa , ahggege , bababa , dededed , mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Dalam usaha merangsang kanak-kanak cepat bercakap, ibu bapa digalakkan bercakap dengan mereka walaupun ketika itu mungkin si kecil pada usia bayi.
Mengenai kemungkinan kanak-kanak lambat bercakap akibat penggunaan pelbagai bahasa di rumah menyebabkan kanak-kanak mungkin keliru, Dr Basha berkata, ia tidak semestinya berlaku kerana kanak-kanak menyerap bahasa bagaikan span dan tahu membezakan bahasa bila sampai masanya.
Pada peringkat awal, sesetengah kanak-kanak yang bertutur pelbagai bahasa mungkin ada menunjukkan sedikit kelambatan dalam menguasai kesemua bahasa yang dituturkan. Bagaimanapun, ini akan diatasi secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, ibu bapa mungkin dapati anak-anaknya lebih bijak bercakap bila tahu banyak bahasa.
Tidak dinafikan unsur genetik adalah satu lagi sebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap.
“Untuk mengelakkan berlakunya masalah bercakap bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.
“Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan perkataan yang tidak sepadan dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka. Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek pula dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.
“Sebetulnya selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa optimum,” katanya.
Jelasnya masalah bercakap selalunya menjadi petanda kepada masalah lain yang lebih besar, termasuk masalah pendengaran, atau autisme.
“Segeralah merujuk kepada pakar dapat membantu mengesan masalah dihadapi kanak-kanak. Selain Hospital Kuala Lumpur dan hospital besar di setiap negeri, ibu bapa boleh ke Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur yang khusus mengendalikan mengenai masalah berkaitan.
Anak Lambat Bercakap (Bhgn 1)
SEAKAN wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lewat bercakap.
Tidak hairanlah, kita sering mendengar dialog seperti “kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap’. Namun, adakah tanggapan ini benar?
Masalah bercakap hanya boleh ditentukan menerusi terapi pertututan-bahasa. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuknya kepada terapis itu kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu.
- Dr Basyariatul Fathi Othman, Terapis Pertuturan Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, UKMMengajukan persoalan itu kepada Terapis Pertuturan Bahasa Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Basyariatul Fathi Othman, sebaliknya menyifatkan pandangan itu hanyalah mitos.
“Kanak-kanak yang lambat bercakap tidak boleh dibezakan dengan jantina. Cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran, termasuk pemilihan permainan.
“Budak perempuan dikaitkan dengan cepat pandai bercakap kerana jenis permainan mereka seperti ‘main masak-masak atau main pondok-pondok’ itu boleh menjadi satu proses pembinaan pertuturan,” ” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Menurutnya, sambil bermain masak-masak itu, mereka akan mengajuk cara ibunya memotong sayur, menjaga adik dan menukarkan pakaian. Perbuatan itu akan bersulam dengan pengeluaran ayat. Sekiranya dilakukan secara berulang-ulang kebolehan bercakap akan menjadi semakin lancar.
“Ini berbeza dengan budak lelaki. Kebanyakannya suka bermain kereta mainan, atau ‘pencuri-polis’. Tidak banyak perkataan dapat dikeluarkan menerusi permainan berkenaan melainkan bunyi ‘vroom’ enjin kereta atau perkataan ‘lari’ dan ‘tangkap’ dari mulutnya. Secara langsung faktor permainan amat mempengaruhi kebolehan mereka bercakap.
“Justeru saya fikir ada baiknya kalau budak lelaki turut sama bermain permainan budak perempuan kerana nyata bentuk permainan itu membina kebolehannya bercakap dan kognitif lain termasuk penggunaan motor tangan serta kaki. Penggunaan otak dan pergerakan badan menerusi perbuatan akan mempercepatkan mereka belajar perkataan baru, seterusnya membina ayat dengan baik,” katanya.
Namun, bilakah masanya atau tahap usia kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai lewat bercakap dan perlu mendapatkan bantuan?
“Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah.
“Masalah bercakap hanya boleh ditentukan oleh Terapi Pertuturan-Bahasa kerana dalam setiap kes dirujuk. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuk kepada Terapi Pertuturan Bahasa kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu,” katanya.
petikan dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anaklewatcakap/Article/
Monday, September 24
Lawatan ke Aquarium Pusat Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang.
Wednesday, April 6
Hak Kanak-Kanak Dalam Islam
i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.
ii. Mengajar cara-cara sembahyang Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”
iii. Mengajar ilmu pengetahuanIbubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.
iv. Mengajar al-QuranRasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."
v. Mendidik mengenali kejadian ala miniIbubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.
vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.
vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".
petikan dari Minda Madani Online. Ditulis Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali, Timbalan Presiden ABIM.
Friday, December 17
How to Ease Kindergarten Jitters
Help Your Child with the Transition to Kindergarten
Jun 26, 2008 Elizabeth Nolan
Even if your child has attended preschool or daycare, Kindergarten jitters are common. Kids worry about a lot of different things when entering an unfamiliar situation. As a parent, there are a few specific things you can do to ease their transition to elementary school.
What Parents Can Do
Stay Positive. Keeping the topic of school positive and exciting is important. Don't let your own emotions influence your child's feelings about starting school.
Be Sensitive. Validate your child's fears and reassure him or her. Point out how he or she has succeeded in new challenges in the past, and will be fine with this challenge too. Point out that you, too, have felt nervous about starting something new, such as a new job. Give specific examples when your child might have felt jitters before and how they handled it well, such as performing in a dance recital or ballgame.
Adjust Schedules Early. Don't wait until the day before school starts to give your child an earlier bedtime or wake up call. If your child knows the routine of what is expected on a school morning in advance, it definitely will make school mornings less stressful.
Stay Involved. Join the PTO or volunteer in the classroom. This keeps you up to date on what is happening within the school and also gives you a chance to meet your child's classmates. Kids do get excited to have their parents witness their new independence.
Things to Do with Your Child
Make School Prep Fun. Making the shopping trip to buy new clothes and school supplies fun can make your child feel special and excited about school.
Read Books. Reading with your child has always been a wonderful bonding experience. There are many books about starting Kindergarten that highlight some of the feelings your child may be having. Libraries and bookstores often have a shelf dedicated to these type of books over the summer months, so be sure to read a few with your child. This will also help you and your child talk about their fears.
Visit the School. Many schools offer an opportunity for the kids to visit the school and to meet the teacher before the new school year begins. Be sure to participate in these opportunities with your child, as it will give them an increased comfort level as they become familiar with the building, classroom, playground and teacher. You will also have a chance to meet other parents so you can exchange contact information and set up playdates over the summer.
View School Websites. Many teachers post a lot of information on their classroom websites such as needed supplies, photos of the classroom, school calendar, or the schedule of a typical day, as well as useful links and resources that you may want to be familiar with throughout the year.
Meet other Kindergarteners. Whether through playgroups, church groups, library storytimes, camps, or recreation department summer classes, look for venues with similar aged children attending so your child can interact with potential classmates. Having a familiar face in the classroom on the first day lessens some anxiety.
Keep in mind, every child is different as to how quickly they adapt to new situations. Keep communication open and positive with your child and be sensitive to their apprehension. Chances are by Halloween, you will have a very confident Kindergartener.
Saturday, November 20
Montaj Intan Gemilang 2010
Thanks Raihan.
Monday, November 15
Saturday, November 13
Sunday, July 12
Teaching Reading to your child.......
Meet the Experts: Phyllis C. Hunter (Teaching Reading)
How to Teach Children to Read : The Importance of Reading to a Child (Video)
Sunday, June 21
Anak kecil petah bercakap......(Bhgian 1)

Semua ibubapa menginginkan anak-anak yang petah, bijak berbicara. Mendengar celoteh anak-anak tatkala pulang dari kerja, bagaikan satu terapi untuk stress kerja kan!
Cikgu pasti ramai ibubapa akan bimbang jika anak belum boleh berbicara dengan lebih lancar tambahan pula jika telah mencecah umur setahun lebih. Namun ada juga segelintir ibubapa memandang ringan mengenai masalah ini.
Namun mengikut pakar bahasa, masalah lambat bercakap ini tidak boleh di pandang ringan. Ini kerana perkembangan bahasa ini akan memberi kesan terhadap tahap kepintaran mereka.
Ibubapa digalakan berbual, membaca, menyanyi, mendengar dan memberi tindak balas kepada si kecil termasuk "bahasa badan" (gerak gaya badan dan mimik muka). Ini kerana ianya akan dapat membantu dan menggalakan kemahiran perkembangan berbahasa pertuturan sikecil. Tahu tak, ibubapa digalakan berbual dengan bayi, walaupun masih dalam kandungan lagi? Memberi makanan pejal pada usia 6 bulan ke atas juga boleh membantu, ini kerana kunyahan makanan turut mambantu merangsang percakapan anak kecil.
Untuk membantu merangsang perkembangan bahasa anak kecil, adalah digalakan ibubapa mula membaca kepada anak2 sejak kecil lagi dan jadikanya rutin harian. Selalunya, ketika ibu atau bapa membaca, anak kecil akan melihat gambar dan mendengar cerita. Ini akan menimbulkan minat mereka dan mereka akan mula bertanya soalan mengenai cerita tersebut. dengan cara ini, dapat membantu perkembangan bahasa, merangsang kebolehan membaca dan menanam minat membaca itu sendiri!
Wednesday, June 17
Mengajar membaca, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

"Cikgu, anak saya ni baru 3 tahun, tapi saya nak ajar anak saya membaca. mana satu bahasa yang patut saya ajar dulu, Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?"
Ini adalah soalan yang biasa cikgu dengar dan di minta pendapat. Bagaimana ya untuk buat pilihan? Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?. Apa pandangan pembaca sekalian?
Kalau ikutkan kepentingan bahasa, kedua-duanya penting. Kalau nak menyanjungi bahasa ibunda, sudah semestinya bahasa melayu kita lah! Namun bagi cikgu, (ini pendapat peribadi, beserta pengalaman cikgu mengajar membaca semenjak tahun 2003) cikgu lebih suka mengajar bahasa ibunda atau di panggil "mother-tongue".
Ini bermaksud, jika anak di rumah berkomunikasi dalam bahasa melayu maka bahasa melayulah yang di ajar terlebih dahulu. Namun jika bahasa percakapan di rumah adalah bahasa inggeris, makan bahasa itulah yang perlu diajar membaca terlebih dahulu!
Ini kerana bagi pendapat cikgu, berkomunikasi dan membaca dalam bahasa yang sama adalah lebih menyeronokan. Ini kerana apa yang dibaca lebih difahami dan lebih menyerohokan dan lebih menarik minat anak-anak untuk teruskan pembacaan. Cuba bayangkan, apa yang di baca itu tidak difahami. Keseronakan membaca akan hilang, penumpuan anak-anak jugak akan semakin berkurangan. Takut pula nanti, bila suruh baca, banyak pulak alasan mereka! :)
Setelah anak-anak tahu membaca bahasa melayu dengan menggunakan kaedah fonetik, boleh teruskan dgn membaca bahasa inggeris. Mempelajari bahasa inggeris akan menjadi semakin mudah, kerana bunyi asas adalah sama! Seronok sangat jika anak-anak dapat membaca dengan lebih cepatkan!
Namun tiada salahnya jika ingin mengajar kedua-dua serentak. Tambahan pula jika menggunakan kaedah fonetik, yang mana bunyi asasnya sama (walau pun terdapat 2-3 bunyi asas yang sedikit berbeza!). Jadi, ibubapa boleh mengajar 2 dalam satu! Amacam, bagus tak? Namun sebelum tu, prestasi anak perlu diambil kira! Maksud cikgu, perhatikan si anak dahulu, samada dia dapat menerima pembelajaran kedua-duanya serentak atau tidak!
Apa-apa pun tidak salah, jika ibubapa ingin mengajar bahasa yang selain dari bahasa ibunda dengan syarat, anak kita boleh menerimanya dan menggunakan teknik atau kaedah yang betul! :)
Wednesday, June 3
Merangsang Minat Membaca - Kesilapan Biasa
Kadang-kadang kita sebagai ibu dan bapa - terutama ibu (kerana lebih byk berkomunikasi dgn anak) selalu mengeluh. Bila nak ajar anak-anak di rumah, selalu tak menjadi, selalu tak kena. Selalunya alasan adalah anak tak mahu mengikut kita.
Di sini cikgu nak senaraikan beberapa kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibubapa semasa mengajar anak membaca di rumah:
1. Ibubapa mengajar membosankan - asyik suruh baca kemudian ulang, baca kemudian ulang.
2. Ibubapa mengajar garang sangat macam singa.
3. Ibubapa mengajar caca merba. Tak ada kaedah atau tidak bersistematik.
4. Ibubapa mengajar tak kena masa - contohnya mengajar waktu ada rancangan tv yang anak suka.
5. Ibubapa mengajar tak kena tempat. - depan tv atau dekat dgn tingkap.
6. Ibubapa mengajar tak guna pendekatan psikologi.
Ini adalah antara kesilapan-kesilapan biasa yang kita sebagai ibubapa lakukan. Jadi, fikir-fikirlah akan jalan penyelesaiannya.
Dalam entry yang lain, akan cikgu bincangkan, bagaimana kita hendak mengatasi kesilapan2 diatas ya!
Monday, June 1
Untuk perkongsian bersama...............

"If reading came naturally, teaching reading would be a much easier job. Children would learn to read as reading as they learn to speak.
Teachers would only need to give students the chance to practice their skills.
But children don't learn to read just from being exposed to books. Reading must be taught. For many children, reading must be taught explicity and systematically, one small step at atime. Thats why good teachers are so importants!"
dipetik dari - Techniques for Teaching Reading Effectively
Cikgu mengalu-alukan sebarang komen atau pandangan mengenai petikan diatas. Terima kasih cikgu dahului di atas kesudian menulis komen di blog cikgu ini. Semoga segala komen yang diberi dapat menjadi panduan kepada cikgu dan pembaca yang lain.
Saturday, May 30
Happy MidTerm Holiday to All

Salam......
Selamat bercuti cikgu ucapkan kepada semua anak2 cikgu, anak2 murid cikgu, anak2 murid cikgu-cikgu yang lain dan juga kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia ini.
Ada sesetengah orang akan suka bila cuti menjelang tapi ada jugak orang yang akan mengeluh bila cuti sekolah ini bermula.....
Bagi murid-murid, cuti sekolah amat-amat dinantikan. Ini kerana rutin pagi yang memeritkan (bangun pagi) tidak ada. So, waktu cuti inilah, boleh bangun lewat sikitkan! tapi jangan lewat sangat ya anak-anak! Bangun awal pagi tu bagus, lagi pun solat subuh bukan sampai jam 10 pagi :D!
Waktu cuti sekolah inilah jugak, anak-anak boleh lepak di rumah tanpa perlu berkejaran untuk ke kelas, tak perlu jumpa cikgu garang (yang pasti tidak di rindui!) dan jugak pasti tidak akan mendengar leteran guru kelas di pagi hari! (aaaaaaagh! memang bosan jika tiap pagi mendengar leteran kan!)
Bagi para guru pulak, selalunya waktu cuti sekolah inilah, macam2 kursus ada. Kursus pemurnian itu, kursus pemurnian ini, pendek kata mcm kursus ada! Cuti yang sepatutnya 2 minggu, sebenarnya hanya tinggal 5 hari saja! aaaaargh! cikgu pun bosan jugak! Sapa kata, jadi guru ini dapat cuti panjang! Namun sekurang-kurangnya ada jugak cutikan, jika nak dibandingkan dgn pekerja pejabat yang cutinya perlu pohon terlebih dulu!
Bagi ibu bapa pulak, ha!...ini pun waktu yang kritikal jugak! Bila anak-anak ada di rumah, perlu jugak di pantau aktiviti mereka. Jangan hanya membuang waktu menonton tv, main games, melayari internet berjam2 lamanya! Ibubapa perlu bijak mengisi masa anak-anak, agar masa yang ada tidak dibuang begitu saja!
Zaman sekarang, macam aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak. Boleh pergi melawat tempat bersejarah di dalam Malaysia, bagi yang lebih berkemampuan, boleh melancung keluar negeri. Atau pun boleh menghantar anak-anak mengikuti kem motivasi yang banyak di adakan sekarang ini. Atau pun yang paling bagus, ambillah peluang cuti ini untuk mengeratkan talian persaudaraan dgn balik ke kampung. Ini supaya anak-anak dapat bergaul mesra dangan sepupu sepapat, sedara mara.
Friday, May 29
Merangsang Minat membaca - Perlu Bermula dari rumah
"Setiap kali saya suruh anak membaca, mesti dia memberi seribu satu alasan untuk tidak membaca!"
Ini adalah ucapan yang kerap kali cikgu terima dari para ibubapa semasa perjumpaan atau pun semasa mereka datang ke tadika. Kenapa ya?
Membaca adalah sesuatu yang menyeronokan bagi mereka yang dapat menikmati apa yang dibaca. Membaca juga perlu untuk anak-anak menambah ilmu pengetahuan. Membaca adalah penting untuk meransang kecerdasan otak anak-anak (bukan saja anak2 tapi orang dewasa juga!)
Namun itu bukanlah syarat wajib untuk kita membaca. Bagi anak-anak, membaca perlu ada dorongan dan ransangan.
Bagaimana dorongan dan ransangan ini di lakukan? Selalu kita mendengar pepatah "Bapak borek, anak rintik" kan! Jadi, untuk memberi ransangan atau pun dorongan maka pepatah ini perlu diaplikasikan di dalam situasi rumah.
Bagaimana kita mahu anak-anak membaca di rumah, jika mereka melihat ibu atau bapa juga tidak membaca di rumah? Bagaimana mereka ingin membaca jika suasana di rumah tidak sesuai untuk mereka membaca? Maka di sinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan budaya membaca di rumah! Ibubapa adalah contoh teladan yang paling baik untuk anak-anak!
Jika kita mahu anak-anak rajin membaca ketika di rumah, maka ianya perlulah dimulakan oleh ibu bapa itu sendiri. Kepada ibubapa, cikgu menyarankan, peruntukan sedikit masa dan kewangan untuk meransang minat anak-anak membaca! Belilah bahan bacaan yang sesuai untuk mereka dan juga ibubapa, peruntukanlah sedikit waktu dalam seminggu untuk membaca bersama-sama dengan anak-anak.
Untuk anak-anak yang masih kecil, masih tidak tahu membaca, maka ibubapa boleh membacakan buku kegemaran mereka. Wujudkan suasana membaca menjadi suasana yang menceriakan.