Ini ada satu lagi video yang di sampaikan 'Reading Consultant'.
Meet the Experts: Phyllis C. Hunter (Teaching Reading)
Tempat Anak-Anak Belajar Sambil Bermain. Tadika, Taska, Transit, Kelas Membaca dan Kelas Mengaji.
Showing posts with label bahasa inggeris. Show all posts
Showing posts with label bahasa inggeris. Show all posts
Sunday, July 12
How to Teach Children to Read : The Importance of Reading to a Child (Video)
Kali ini, cikgu tidak menulis, namun cikgu ingin berkongsi satu video yang cikgu jumpa dalam YouTube.com. Video ini adalah dari ExperLearning.com, memberi penjelasan mengenai kepentingan membaca. Walaupun, ianya di sampaikan dengan bahasa inggeris, namun cikgu dapati bahasa inggeris dan loghatnya tidaklah begitu susah untuk faham. Cuma, untuk pembaca yang kurang faham, nantikan ulasan dari cikgu ya!
Labels:
anak,
bahasa inggeris,
membaca,
mengajar anak,
petua,
video
Wednesday, June 17
Mengajar membaca, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?
"Cikgu, anak saya ni baru 3 tahun, tapi saya nak ajar anak saya membaca. mana satu bahasa yang patut saya ajar dulu, Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?"
Ini adalah soalan yang biasa cikgu dengar dan di minta pendapat. Bagaimana ya untuk buat pilihan? Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?. Apa pandangan pembaca sekalian?
Kalau ikutkan kepentingan bahasa, kedua-duanya penting. Kalau nak menyanjungi bahasa ibunda, sudah semestinya bahasa melayu kita lah! Namun bagi cikgu, (ini pendapat peribadi, beserta pengalaman cikgu mengajar membaca semenjak tahun 2003) cikgu lebih suka mengajar bahasa ibunda atau di panggil "mother-tongue".
Ini bermaksud, jika anak di rumah berkomunikasi dalam bahasa melayu maka bahasa melayulah yang di ajar terlebih dahulu. Namun jika bahasa percakapan di rumah adalah bahasa inggeris, makan bahasa itulah yang perlu diajar membaca terlebih dahulu!
Ini kerana bagi pendapat cikgu, berkomunikasi dan membaca dalam bahasa yang sama adalah lebih menyeronokan. Ini kerana apa yang dibaca lebih difahami dan lebih menyerohokan dan lebih menarik minat anak-anak untuk teruskan pembacaan. Cuba bayangkan, apa yang di baca itu tidak difahami. Keseronakan membaca akan hilang, penumpuan anak-anak jugak akan semakin berkurangan. Takut pula nanti, bila suruh baca, banyak pulak alasan mereka! :)
Setelah anak-anak tahu membaca bahasa melayu dengan menggunakan kaedah fonetik, boleh teruskan dgn membaca bahasa inggeris. Mempelajari bahasa inggeris akan menjadi semakin mudah, kerana bunyi asas adalah sama! Seronok sangat jika anak-anak dapat membaca dengan lebih cepatkan!
Namun tiada salahnya jika ingin mengajar kedua-dua serentak. Tambahan pula jika menggunakan kaedah fonetik, yang mana bunyi asasnya sama (walau pun terdapat 2-3 bunyi asas yang sedikit berbeza!). Jadi, ibubapa boleh mengajar 2 dalam satu! Amacam, bagus tak? Namun sebelum tu, prestasi anak perlu diambil kira! Maksud cikgu, perhatikan si anak dahulu, samada dia dapat menerima pembelajaran kedua-duanya serentak atau tidak!
Apa-apa pun tidak salah, jika ibubapa ingin mengajar bahasa yang selain dari bahasa ibunda dengan syarat, anak kita boleh menerimanya dan menggunakan teknik atau kaedah yang betul! :)
Labels:
anak,
bahasa inggeris,
ibu,
membaca,
mengajar anak,
parenting,
petua
Thursday, March 12
Mempelajari Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (Bhgn 2)

Sambungan....
Ada dua faktor kepada kejayaan kanak-kanak mempelajari Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua iaitu
1. Strategi (psikologi pembelajaran bahasa kedua bagi kanak-kanak)
dan
2. persekitaran bahasa yang diperlukan
Di sini cikgu akan membincangkan mengenai strategi terlebih dahulu.
> kanak=kanak tidak mengetahui kepentingan bahasa kedua. Bahasa diperlukan untuk membolehkan mereka bermain. Walaupun bahasa yang digunakan tidak sempurna tatabahasanya, tetapi jika mereka mampu mendapat respon yang dikehendaki, maka mereka yakin mereka sudah berjaya menggunakan bahasa tersebut.
> kanak-kanak (terutama yang lebih kecil iaitu bawah 7 tahun) tidak menjadikan perbezaan bahasa sebagai masalah utama mereka. Mereka tidak kisah kepada perkara yang mereka tidak fahami. keadaan ini menjadikan mereka dapat berkawan dengan kanak-kanak lain walaupun bahasa pertuturan mereka tidak sama.
Contohnya: Jika kanak-kanak ini bercampur dengan kawan-kawan yang pelbagai bangsa, jika kita perhatikan (dari pemerhatian cikgu sendiri), kanak-kanak ini tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawan yang lain. Dengan mudah mereka boleh terus bermain, walaupun bahasa komunikasi mereka tidak sama.
> Kanak-kanak memang menyukai keadaan yang berulang-ulang, teratur dan selamat. Mereka tidak jemu di dalam melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali.Oleh itu jika mereka didedahkan kepada bahasa yang sama secara berulang-ulang, mereka rasa seronok dan mula meminati bahasa tersebut.
Saturday, March 7
Mempelajari Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (Bhgn 1)
Dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Terlalu banyak maklumat di sebarkan dalam bahasa utama dunia iaitu bahasa inggeris. Tidak dapat cikgu nafikan, tanpa penguasaan bahasa inggeris, boleh dikatakan untuk mendalami ilmu sedikit mencacatkan.
Cikgu bukanlah bermaksud, kita perlu meninggalkan bahasa ibunda. Sudah semestinya tidak! Bahasa inbunda perlu tetap kita sanjungi, tetapi tidak salahkan jika kita dapat menguasai lebih dari satu bahasa, bukankah itu satu kelebihan?
Oleh itu, bilakah masa yang sesuai untuk kita mula mengajar anak2 bahasa kedua ini? Menurut satu kajian, masa yang paling sesuai untuk mengajar bahasa kedua ini kepada kanak-kanak ialah pada umur mereka belum menjangkau setahun.
Adakah ini terlalu awal? Sudah tentu tidak, kerana pada ketika ini anak-anak ini sedang giat membina unit-unit bahasa dalam otak mereka. Semua percakapan didengari dan direkodkan dalam sel-sel otak dalam unit bahasa. Walaupun pada ketika ini, mereka masih belum boleh bertutur.
Jadi, untuk ibubapa yang inginkan anak-anak mereka boleh menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa kedua, bolehlah mulakan dirumah secara berperingkat. Ulanglah perkataan-perkataan tertentu untuk penggunaan dirumah supaya anak-anak dapat mengingatnya.
Cikgu ingin mencadangkan, ibubapa boleh bermula dengan ucapan "Good morning" atau "how are you today?". Persekitaran yang baik dan memberangsangkan dapat membantu penguasaan bahasa kedua untuk anak-anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)