Showing posts with label Phonics. Show all posts
Showing posts with label Phonics. Show all posts

Tuesday, March 22

Koleksi Lagu Kanak-Kanak

ABU ADA AYAM - LAGU FONIK

Friday, February 27

Belajar Membaca Melalui Pendekatan Multisensory

Mengajar anak membaca tidak semesti menggunakan buku atau bahan-bahan bercetak semata-mata. Kemahiran membaca boleh dibentuk melalui pendekatan, kaedah dan medium yang berbagai. Rangsangan yang diberikan kepada pelbagai deria yang ada (sentuh, pandang, dan dengar) akan meningkatkan dan mempercepatkan pemahaman anak-anak kepada asas-asas kemahiran membaca.
Untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik seseorang kanak-kanak itu perlulah dirangsang deria pandang dan deria dengarnya. Ini kerana melalui deria pandang anak-anak akan kita perkenalkan dengan bentuk-bentuk huruf... sementara deria dengar pula memberikan maklumat bunyi (fonik) huruf yang dilihatnya. Untuk lebih menarik dan tidak membosankan anak-anak, ajarlah sambil menyanyikan lagu-lagu fonik yang menghiburkan.
Cubalah...!

Sunday, February 15

Kaedah Fonetik


Apa itu kaedah fonetik?


Kaedah fonetik menekan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kajian telah menunjukan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan bunyi huruf-huruf bukan membunyi nama-nama huruf. Oleh sebab sebutan perkataan bahasa melayu memang terbit secara langsung daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik adalah antara yang terbaik.

Tambahan pula kaedah fonetik hanya mensyaratkan kanak-kanak mengenal dan mengingat hanya 25 huruf dan bunyinya sahaja. Ini berbeza dengan kaedah suku kata atau mengeja yang mana kanak-kanak perlu mengenal nama huruf atau mengingat berpuluh-puluh pola suku kata yang sangat membebankan kanak-kanak. Kaedah fonetik sebaliknya amat mudah, cepat, lancar dan sejiwa dengan kanak-kanak seawal usia 3 tahun.

Bagi pendapat peribadi saya sendiri, yang telah menggunakan kaedah ini sepenuhnya sejak 2003 lagi. Ianya amat berkesan dalam mengajar anak-anak membaca terutamanya anak-anak yang lemah atau sedikit lembab (slow learner). Ini kerana, anak-anak ini tidak perlu menghafal nama-nama huruf untuk membaca. Mereka hanya perlu mengingat simbol huruf dan bunyinya sahaja. Jadi langkah pembelajaran telah di permudahkan. Jangan risau jika anak-anak ini tidak mengenal nama huruf-huruf. Bagi saya, nama huruf hanyalah nama sahaja. Ianya tidak membawa sebarang bunyi untuk dibaca. Yang penting, dengan mengunakan kaedah fonetik, anak-anak ini dapat membaca dengan lancar bersama intonasi yangn sesuai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...