Showing posts with label guru tadika. Show all posts
Showing posts with label guru tadika. Show all posts

Wednesday, July 11

Lawatan Dari Balai Bomba & Penyelamat Kepala Batas ke TIG Taman Seri Serdang.

Lawatan dari pihak bomba ini telah diadakan pada 22 Jun 2012 lepas. Cikgu tak berkesempatan untuk memasukan gambarnya lebih awal diatas kekangan masa. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Cikgu benar2 sibuk. Nak update bloq ini pun, cikgu terpaksa buat sambilan.

Dalam lawatan ini, pihak bomba telah memberi penerangan mengenai keselamatan anak-anak. Mereka juga berkesempatan menunjukan cara2 menggunakan alat pemadam api kepada murid-murid dan juga guru. Semoga info yang diberi memberi manafaat kepada kami semua. Pihak TIG mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba kerana sudi datang ke TIG Taman Seri Serdang. Terima kasih juga kepada guru-guru di TSI yang memberi kerjasama yang baik.






Friday, June 22

Program Bersama Dutch Lady di TIG Taman Seri Serdang

Program ini pula telah diadakan pada 16 Mei (Hari Guru) yang lepas bersama dengan pasukan pemasaran Dutch Lady Wilayah Utara. Kali ini diadakan di TIG Taman Seri Serdang. Team ini, berbesar hati menerima pelawaan cikgu untuk mengadakan program yang sama tetapi di cawangan yang lain pula. Terima kasih cikgu ucapkan kepada mereka. Team ini cukup sporting!
Program ini juga di sambut bersama dengan sambutan Hari Guru. Banyak makanan yang terhidang, terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa yang bersusah payah menyediakan makanan. Anak-anak TIG di Taman Seri Serdang amat teruja dan gembira dengan jamuan yang disedikan dan juga kehadiran pasukan pemasaran Dutch lady. Tambahan pula ada maskot untuk menambah keterujaan mereka. Selain Bergembira, mereka juga dapat info yang berguna mengenai khasiat susu. Terima kasih kepada pasukan pemasaran Dutch Lady dan juga guru-guru TIG.








Sunday, November 21

Majlis Graduasi 2010

Majlis Graduasi 2010, Tadika Intan Gemilang telah diadakan di Dewan Produktiviti, MPC, Kepala Batas.


Ini adalah backdrop yang direka khas oleh En. Mohammad Raihan Fathi Othman utk Majlis Graduasi 2010. Cikgu amat berkenan dengan rekaannya..... Thanks a million Raihan!


Barisan guru-guru Tadika Intan Gemilang 2010. Dari kanan ~ Mas Haini, Afifah, Nur Hasanah, cikgu, Nur Najira, Nora, Hani' Fathi dan Nur Faradila.
Terima kasih tidak terhingga kepada kalian. Tanpa kalian, tadika pasti tidak dapat berjalan lancar. Once again, thanks a lot. semoga kalian terus berusaha memberikan yang terbaik kepada tadika dan anak-anak murid ya!

nantikan gambar2 lain, yang akan di masukan ya! :-))

Saturday, November 13

Ciri-ciri seorang guru pra sekolah

1. Memahami keupayaan kanak-kanak

2. Memahami aras pemikiran kanak-kanak

3. Memahami kelangsangan kanak-kanak

4. Memahami gerak emosi kanak-kanak: Pembelajaran nilai

5. Memahami pendekatan belajar

6. Memahami perasaan ingin tahu kanak-kanak

7. Memaham kadar pemikiran kanak-kanak yang berlainan

petikan dari http://blog.mytadika.com
Author: MyTadika.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...