Showing posts with label awal matematik. Show all posts
Showing posts with label awal matematik. Show all posts

Thursday, December 16

Five Little Sea Shells


Video ini cikgu ingin kongsikan bersama-sama pembaca.....ianya boleh diguna di waktu mengajar awal matematik sambil bercerita. Ianya akan membuatkan sesi matematik lebih menarik.
Video ini diambil dari Childcareland.com. Laman web ini, banyak memberi ilham kepada cikgu sendiri untuk lebih kreatif dalam pengajaran anak-anak di tadika....
Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat bersama.... Selamat menonton dan mencuba!

Saturday, December 11

Permainan Bentuk


Permainan ini amat sesuai dimasukan atau digunakan dalam Tunjang awal matematik. Ianya memberi latihan kepada anak-anak supaya dapat mengenalpasti bentuk-bentuk yang ada. Permainan ini juga menarik kerana ianya berwarna-warni. Cikgu amat suka jika dapat bermain dengan anak-anak dalam bentuk pertandingan atau kuiz. Mesti riuh-rendah kelas dibuatnya.... Selamat mencuba!

Friday, December 10

Leaf Math Activity


Aktiviti ini sesuai utk dijalankan dlm awal matematik. Penggunaan ABM ini amat membantu murid memahami konsep nombor dengan lebih jelas. Jadi, boleh kita sama-sama cuba buat dengan anak murid ya! Selamat Mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...