Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Wednesday, June 17

Mengajar membaca, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

Children Reading Pictures, Images and Photos

"Cikgu, anak saya ni baru 3 tahun, tapi saya nak ajar anak saya membaca. mana satu bahasa yang patut saya ajar dulu, Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?"

Ini adalah soalan yang biasa cikgu dengar dan di minta pendapat. Bagaimana ya untuk buat pilihan? Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?. Apa pandangan pembaca sekalian?

Kalau ikutkan kepentingan bahasa, kedua-duanya penting. Kalau nak menyanjungi bahasa ibunda, sudah semestinya bahasa melayu kita lah! Namun bagi cikgu, (ini pendapat peribadi, beserta pengalaman cikgu mengajar membaca semenjak tahun 2003) cikgu lebih suka mengajar bahasa ibunda atau di panggil "mother-tongue".

Ini bermaksud, jika anak di rumah berkomunikasi dalam bahasa melayu maka bahasa melayulah yang di ajar terlebih dahulu. Namun jika bahasa percakapan di rumah adalah bahasa inggeris, makan bahasa itulah yang perlu diajar membaca terlebih dahulu!

Ini kerana bagi pendapat cikgu, berkomunikasi dan membaca dalam bahasa yang sama adalah lebih menyeronokan. Ini kerana apa yang dibaca lebih difahami dan lebih menyerohokan dan lebih menarik minat anak-anak untuk teruskan pembacaan. Cuba bayangkan, apa yang di baca itu tidak difahami. Keseronakan membaca akan hilang, penumpuan anak-anak jugak akan semakin berkurangan. Takut pula nanti, bila suruh baca, banyak pulak alasan mereka! :)

Setelah anak-anak tahu membaca bahasa melayu dengan menggunakan kaedah fonetik, boleh teruskan dgn membaca bahasa inggeris. Mempelajari bahasa inggeris akan menjadi semakin mudah, kerana bunyi asas adalah sama! Seronok sangat jika anak-anak dapat membaca dengan lebih cepatkan!

Namun tiada salahnya jika ingin mengajar kedua-dua serentak. Tambahan pula jika menggunakan kaedah fonetik, yang mana bunyi asasnya sama (walau pun terdapat 2-3 bunyi asas yang sedikit berbeza!). Jadi, ibubapa boleh mengajar 2 dalam satu! Amacam, bagus tak? Namun sebelum tu, prestasi anak perlu diambil kira! Maksud cikgu, perhatikan si anak dahulu, samada dia dapat menerima pembelajaran kedua-duanya serentak atau tidak!

Apa-apa pun tidak salah, jika ibubapa ingin mengajar bahasa yang selain dari bahasa ibunda dengan syarat, anak kita boleh menerimanya dan menggunakan teknik atau kaedah yang betul! :)

Wednesday, June 3

Merangsang Minat Membaca - Kesilapan Biasa

Semua ibubapa mahu anak mereka pandai membaca. Apatah lagi jika anak-anak dapat membaca pada usia muda. Selalunya, terutama cuti sekolah seperti sekarang ini, sepupu-sepapat, anak sedara-mara berkumpul. Maka akan keluarlah cerita mengenai anak sipolan, si anu yang pandai, periksa semuanya dapat A. Ibubapa yang mana anak2nya pandai, senyum panjang sampai ke telinga tapi bagi ibubapa yang anaknya kureeeeng...... tersenyum jugak... tapi pahit! Biasa dengan senario ini? he! he! he! Cikgu percaya mesti ada yang tengah tersengih di waktu ini!

Kadang-kadang kita sebagai ibu dan bapa - terutama ibu (kerana lebih byk berkomunikasi dgn anak) selalu mengeluh. Bila nak ajar anak-anak di rumah, selalu tak menjadi, selalu tak kena. Selalunya alasan adalah anak tak mahu mengikut kita.

Di sini cikgu nak senaraikan beberapa kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibubapa semasa mengajar anak membaca di rumah:
1. Ibubapa mengajar membosankan - asyik suruh baca kemudian ulang, baca kemudian ulang.
2. Ibubapa mengajar garang sangat macam singa.
3. Ibubapa mengajar caca merba. Tak ada kaedah atau tidak bersistematik.
4. Ibubapa mengajar tak kena masa - contohnya mengajar waktu ada rancangan tv yang anak suka.
5. Ibubapa mengajar tak kena tempat. - depan tv atau dekat dgn tingkap.
6. Ibubapa mengajar tak guna pendekatan psikologi.

Ini adalah antara kesilapan-kesilapan biasa yang kita sebagai ibubapa lakukan. Jadi, fikir-fikirlah akan jalan penyelesaiannya.
Dalam entry yang lain, akan cikgu bincangkan, bagaimana kita hendak mengatasi kesilapan2 diatas ya!

Friday, May 8

Selamat Hari Ibu

Entry kali ini, cikgu dapat dari email yang di forwardkan oleh kawan cikgu di smawp70@yahoogroups.com. Ianya, amat menyentuh hati. Jadi cikgu bercadang untuk berkonsi dengan pembaca sekalian. Jika pembaca suka, sila lah tinggalkan komen di sini dan jika tak suka pun boleh tinggalkan komen. Tidak ada masalah kan?

Apa-apa pun, hayatilah apa yang bakal di baca di bawah ini.........

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Saturday, May 2

Kenapa Ummi Mengandung?

“Ummi, kenapa Ummi penat?” tanya Naurah.

“Ummi bawa adik dalam perut,” jawab Ummu Saif.

“Boleh Naurah pegang?” soal Naurah.

“Yop pun nak pegang,” sampuk abangnya Saiful Islam.

“Imad… pegang!” si kecil Imad itu pun menyibuk sama.

Saya hanya tersenyum memerhatikan gelagat mereka. Kasihan melihat isteri saya yang sering keletihan. Terkenang zaman-zaman di perantauan dulu, Ummu Saif pengsan entah berapa kali di hospital semasa mengandungkan anak pertama kami.


Syukur Alhamdulillah, selepas Saiful Islam berusia 7 tahun, Naurah Sabihah masuk 5 tahun dan Imaduddin mencecah 3 tahun, kami dimurahkan rezeki oleh Allah untuk menyambut cahaya mata keempat yang bakal tiba Julai nanti, Insya Allah.

“Kenapa adik diam sahaja?” Saiful Islam bertanya.

“Dia tidur barangkali. Cuba rasa ini. Teka ini apa?” Ummu Saif mengajukan tangan anak-anak kami ke kiri kandungannya.

“Err, tak tahu,” kata Naurah.

“Kepala?” soal Saiful Islam.

“Bukan. Ini tangan adik. Kakinya di bawah sini!” Ummu Saif cuba mengilustrasikan kedudukan adik baru mereka di dalam perut itu.

“Hahaha!” semua orang ketawa. Terbayang-bayangkan si adik yang sedang baring terlentang di dalam perut Ummi mereka yang semakin sarat itu.

HIBA

Ada titik air mata hiba bergenang di mata saya. Berbau sesal.

Jika semasa Ummu Saif mengandungkan anak pertama dahulu, hampir setiap hari saya akan memegang, bergurau senda dan bercakap-cakap dengan anak kami. Namun dek perjalanan masa, kesibukan kerja masing-masing, keramahan itu ada kalanya terhilang dari mainan kami sekeluarga.

Saya merapatkan diri ke sisi isteri.

Anak-anak pun duduk sama di tepi.

“Assalamualaikum!” saya memberi salam.

“Ha, ha! Dia bergerak!” kata Ummu Saif.

Anak-anak kami pun jadi seronok dibuatnya.

“Susah tak bawa adik dalam perut? Cuba tanya Ummi?” saya bertanya kepada anak-anak.

“Ummi, susah tak bawa adik dalam perut?” tanya Saiful Islam kepada Ummi.

“Tentulah susah. Berat tahu! Boleh tambah 20kg!” kata Ummu Saif kepada anak kami.

Tentu sahaja susah. Tidak ada suatu tugas berat yang dipikul oleh seorang manusia seberat proses mengandung dan melahirkan anak. Hilang selera makan, muntah-muntah, demam, urat berpintal-pintal di kaki (varicose vein), tubuh bengkak air (water retention), sakit pinggang dan serba serbi jadi tidak kena.

Itulah realitinya sebuah kehamilan.

“Kenapa Abi tak mengandung? Abi kan kuat?” tanya Saiful Islam.

“Haha, budak ni! Abi mengandung juga, tapi tak ada baby!” saya bergurau.

Anak-anak kebingungan.

Benar sekali…

FIZIKAL, RASIONAL, EMOSIONAL

Jika difikirkan beban mengandung, bukankah lebih wajar Allah Subhanahu wa Ta’aala jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuatan fizikal. Mahu mengangkat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak punya masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini… hamil dan seterusnya melahirkan anak.

Tetapi saya terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazzali, bahawa “lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.

Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.

Aduhai anak-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang rahim’ di ALAM RAHIM.

TIBA-TIBA

“Abang, rasanya nak bersalin dah ni!” jerit Ummu Saif.

“Apa???” saya panik dan sesak nafas terkejut dengan jeritan itu. Tercungap-cungap tidak cukup nafas.

“Haa!!!”, aduhai…. rupa-rupanya saya bermimpi. Sudah nak masuk anak keempat, masih ada mimpi-mimpi sebegini lagi?

Peluh di dahi saya kesat.

Segera menoleh ke sisi, terlihat isteri yang tidurnya tidak lena melayan resah badan dengan sarat kandungan.

“Tidurlah sayang. Biar abang bancuhkan susu Imad itu,” saya bingkas bangun meraba gelap untuk melayan tangisan Imad yang terkejut oleh kejutan saya tadi.

Semoga Allah limpahkan seluas-luas cinta dan kasih-Nya buat bondaku dan bonda isteriku yang telah mengandung dan membesarkan kami dengan kasih sayang, semoga cinta dan kasih-Nya juga disiramkan ke hati dan jiwa isteriku, yang bermujahadah dalam cinta dan kasih kami, untuk mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak penyejuk mata.



“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung keletihan demi kekeletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” [Luqman 31: 14]
Selamat Hari Ibu

artikel ini dipetik dari laman - ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Friday, May 1

Selamat Bercuti Hujung Minggu.....

Sempena cuti 1 Mei 2009 iaitu sempena cuti Hari Pekerja, cikgu (yang juga bercuti! yahooooo!) mengucapkan selamat bercuti kepada semua pekerja termasuklah para ibu yang bekerja dirumah dan tidak mempunyai cuti tahunan atau cuti kecemasan atau cuti sakit atau cuti hujung minggu atau cuti kelepasan am atau apa-apa cuti pun! (oh! kasihan sungguh kepada pekerja yang bergelar ibu dan isteri ini!)

Namun itu semua bukanlah satu bebanan bukan, wahai para ibu dan isteri? Ini kerana, apa yang kita buat adalah satu amanah, tangungjawab. So, jalankanlah seikhlas mungkin, kerana ganjaran atau gaji yang kita tidak perolehi disini (dunia ini), akan kita perolehi di dunia kita yang kekal iaitu di dunia akhirat........

Nikmatilah lagu ini, dituju khas buat perempuan yang bergelar isteri!

Saturday, April 25

Untuk semua ibu dan guru......

untuk post kali ini, cikgu nak berkongsi lagu ini bersama semua perempuan yang bakal bergelar ibu, semua perempuan yang telah menjadi ibu dan juga semua perempuan yang mempunyai naluri keibuan - itu sudah tentukan ;D!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...