Saturday, March 7

Mempelajari Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (Bhgn 1)


Dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Terlalu banyak maklumat di sebarkan dalam bahasa utama dunia iaitu bahasa inggeris. Tidak dapat cikgu nafikan, tanpa penguasaan bahasa inggeris, boleh dikatakan untuk mendalami ilmu sedikit mencacatkan.
Cikgu bukanlah bermaksud, kita perlu meninggalkan bahasa ibunda. Sudah semestinya tidak! Bahasa inbunda perlu tetap kita sanjungi, tetapi tidak salahkan jika kita dapat menguasai lebih dari satu bahasa, bukankah itu satu kelebihan?
Oleh itu, bilakah masa yang sesuai untuk kita mula mengajar anak2 bahasa kedua ini? Menurut satu kajian, masa yang paling sesuai untuk mengajar bahasa kedua ini kepada kanak-kanak ialah pada umur mereka belum menjangkau setahun.
Adakah ini terlalu awal? Sudah tentu tidak, kerana pada ketika ini anak-anak ini sedang giat membina unit-unit bahasa dalam otak mereka. Semua percakapan didengari dan direkodkan dalam sel-sel otak dalam unit bahasa. Walaupun pada ketika ini, mereka masih belum boleh bertutur.
Jadi, untuk ibubapa yang inginkan anak-anak mereka boleh menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa kedua, bolehlah mulakan dirumah secara berperingkat. Ulanglah perkataan-perkataan tertentu untuk penggunaan dirumah supaya anak-anak dapat mengingatnya.
Cikgu ingin mencadangkan, ibubapa boleh bermula dengan ucapan "Good morning" atau "how are you today?". Persekitaran yang baik dan memberangsangkan dapat membantu penguasaan bahasa kedua untuk anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...