Showing posts with label motorhalus. Show all posts
Showing posts with label motorhalus. Show all posts

Tuesday, December 21

Permainan Huruf Menggunakan 'Doh Mainan'

Idea ini Cikgu ambil dari Childcareland.com. Oleh kerana, kita telah pun mempunyai 'doh mainan' yang sesuai utk bermain dengan anak-anak. Jadi, cikgu cadangkan permainan ini.

Ianya amat sesuai utk membina kemahiran mengenalpasti huruf-huruf dan juga kemahiran motorhalus. Bahan yang diperlukan selain dari 'doh mainan' ialah dulang atau alas dan kad huruf.

Letakan kad huruf dan arahkan anak-anak utk mengisi huruf tersebut dgn doh yang telah dibulat2kan atau di uli panjang (spt ular).

Monday, December 20

Membuat 'Doh Mainan' (Play Dough) Tak perlu dimasak.

Ini adalah resepi 'Play dough' yang tidak perlu dimasak.
Bahan2nya adalah:-
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan garam
  3. 1 cawan air
  4. 2 sudu makan minyak masak
  5. pewarna makanan

cara2nya:
  • campurkan semua bahan kering iaitu item 1 dan 2.
  • gaulkan bersama minyak masak
  • masukan air sedikit demi sedikit sambil diuli tepung.
  • setelah doh siap diuli rata, campurkan pewarna makanan.
  • uli lagi sehingga warna rata didalam doh.
ini adalah contoh doh yang telah siap........

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, December 15

Mari Buat 'Doh Mainan' (play dough)


Ini adalah salah satu cara utk membuat doh mainan yang boleh digunakan di dalam tunjang fizikal. 'Play Dough' adalah salah satu cara dalam kemahiran motor halus dan juga utk kreativiti dan estetika.
'Play Dough' ini selamat digunakan oleh anak-anak kerana ianya selamat dan tidak bertoksid. Bahan2 yang digunakan adalah dari bahan-bahan yang selalu emak2 gunakan didapur. Jadi, apa lagi.... silalah mencubanya sendiri................... Selamat mencuba!

Sunday, November 28

Fine Motor Skills - Playdough Chain

Saturday, November 27

Aktiviti Kemahiran Motorhalus


Aktiviti ini sesuai utk kanak-kanak 4 - 6 tahun. Ianya amat menyeronokan terutama utk kanak-kanak lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...