Tetapi hari ini, membaca merupakan antara kemahiran asas yang paling penting yang harus dikuasai oleh anak-anak pada usia muda. Jelas pada hari ini, perkembangan dalam dunia pendidikan dan ilmu sangat berbeza. Kalau 30 tahun dulu kanak-kanak pada usia 5 dan 6 tahun masih leka dengan permainan anak patung dan aktiviti mengailnya, hari ini tidak lagi begitu. Kalau dulu ibu bapa berpuashati anak dapat membaca apabila telah memasuki darjah 2 dan 3, kini tidak lagi mampu senyum sendiri. Segalanya berubah sekarang. Cabaran dan perkembangan dunia ilmu sekarang semakin mencabar dan ‘demanding’. Oleh itu ibu bapa harus sedar bahawa menyediakan anak-anak dengan kemahiran yang asas yang sesuai untuk menghadapi zaman mereka sangat penting. Dan salah satu kemahiran asas tersebut ialah membaca.
‘Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak’. Begitulah bunyi ungkapan yang sering disebut di mana-mana kursus membaca. Membaca dan menulis bukanlah lahir bersama lahirnya anak-anak adam ini. Tidak ada bayi yang baru lahir dapat membaca apatahlagi menulis. Tetapi ia merupakan satu hak yang harus ditunaikan oleh ibu bapanya. Lihat sajalah apa jadi kepada remaja yang tidak dapat membaca dan menulis pada hari ini. Walaupun tidak semuanya, tetapi antara salah satu punca kegagalan dan keruntuhan akhlak mereka berpunca daripada kegagalan membaca dan menulis. Oleh itu ibu bapanya orang pertama yang harus dipersalahkan. Apa tidaknya. Ada seorang ibu baru menyedari anaknya yang berusia 14 tahun tidak dapat membaca! Selepas 8 tahun bersekolah, hari ini baru menyedarinya. Jadi apakah ini salah dirinya atau kurang prihatinnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya? Sebagai memenuhi tanggungjawab ini wajarlah ibu bapa hari ini mengajar anak-anaknya membaca pada usia awal lagi.
Bagaimana caranya?
1. Tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui:
1. Penggunaan bahasa yang baik. Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka! Dalam satu kajian yang dibuat di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu, ibu bapa di KL hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama 7 minit seminggu! Bayangkan. Oleh sebab itulah kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka dan akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila belajar membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa yang baik, jelas dan santun.RN
(Nota: tips ini di petik dari laman web Readnetwork dan ianya ditulis oleh Encik Othman Ahamad - Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy
No comments:
Post a Comment