Posting kali ini, ada sedikit kelainan. Ianya bukan berkaitan dengan anak-anak tapi berkaitan dengan cikgu sendiri. Semoga apa yang akan cikgu ceritakan, akan memberi manafaat bersama ye!
Hari ini adalah hari untuk tadika meraikan harijadi anak-anak tadika utnuk bulan Februari. Maka cikgu pun membawa kamera digital Canon IXUS yang baru masuk 3 minggu cikgu beli. Oleh kerana, hari ini cikgu sedikit kelam-kabut, maka setelah cikgu keluar berurusan, maka cikgu pun sampai semula ke tadika pada jam lebih kurang 10.40 pagi. Segala bersiapan sambutan telah hampir selesai, cuma menunggu anak-anak berhimpun sahaja.
Semasa masuk ke tadika, cikgu telah pun terlupa untuk mengambil kamera yang tertinggal didalam kereta, maka cikgu pun keluar untuk mengambilnya........(di sini cikgu telah pun cuai) ketika masuk semula ke tadika, cikgu telah terlupa untuk mengunci semula kereta. Di ketika itu ada sebuah beg yang mengandungi fail2 dan juga kunci tadika.
Selepas selesai sambutan harijadi, maka anak-anak pun boleh pulang, di waktu ini cikgu2 lain perasan ada sebuah motosikal yang dinaiki oleh 2 orang pemuda menghampiri kereta cikgu yang di parkir di hadapan tadika. Maka peluang telah pun terbuka untuk sipencuri untuk mengambil beg di dalam kereta. Kejadian itu berlaku begitu pantas, walaupun di jerit oleh cikgu2 lain, tetapi si pencuri itu nekad untuk mengambil beg yang sebenar tidak mempunyai barang berharga untuk mereka tetapi berharga untuk cikgu.
Cikgu benar-benar terkilan, jika tadi, cikgu lebih berhati2 dan tidak cuai maka kejadian ini tidak akan berlaku. Ralat ini bukan kerana kehilangan beg yang berisi buku dan dokumen tetapi lebih kepada rentetan peristiwa tersebut telah menyebabkan cikgu menjadi lebih sibuk. Di mana cikgu perlu pergi ke balai polis untuk membuat aduan, perlu menunggu pegawai penyiasat untuk mengambil gambar dan cap jari di kereta dan juga cikgu terpaksa membeli set padlock yang lain untuk mengambil langkah selamat setelah kunci tadika itu dicuri.
Jadi cikgu ingin mengingatkan diri cikgu sendiri dan pembaca yang lain, lebih berhati-hati dan jangan ambil mudah, walau pun kereta itu berada di hadapan mata.
No comments:
Post a Comment