Fasa kedua: Bina minda menerusi
permainannya
1-Mainan kad imbasan
Bermain dengan kad imbasan membantu perkembangan
kognitif anak. Walau pun permainan sudah dimulakan seawal kelahiran, mainan ini
boleh diteruskan untuk membina ingatan dan memorinya dengan mudah.
2-Blok mainan berwarna-warni dan berbentuk jigsaw
Permainan blok, pelbagai bentuk dan jigsaw menambahkan kebolehan mereka untuk berfikir.
Kebanyakan alat permainan berwarna-warni dan bermacam-macam-macam bentuk, saiz
dan corak. Bermain dengannya akan menambahkan kemahiran koordinasi
mata-otot-mental untuk menyaring maklumat dengan lebih cekap. Anda boleh
bermain bersama dengan anak jenis jigsaw puzzle, mencantum
blok bersambung serta mengasingkan objek mengikut bentuk dan warna untuk
menajamkan minda dan menyerlahkan keupayaannya.
3-Gunakan tangan yang bukan dominan
Jika si kecil menggunakan tangan atau kaki kanan
sebagai anggota dominan, anda boleh mengajarnya menggunakan tangan kiri atau
kaki kiri untuk melakukan aktiviti seperti melukis atau menyepak bola.
4-Main harta karun
Anda juga boleh mengajak anak mencari harta karun.
Berikan mereka klu dan suruhlah mereka mencari barang tersebut berdasarkan klu
yang diberi. Sebagai contoh soalannya boleh berbunyi; Cuba cari benda yang
berbentuk bulat di dalam sebuah kotak berwarna hijau di atas meja tulis.
Pastikan klu yang diberi jelas dan anda boleh sediakan hadiah untuk permainan
ini.
5-Bola ping pong dalam sudu
Anda juga boleh meningkatkan kecerdasan minda anak
dengan bermain permainan membawa bola pingpong dengan anak. Permainan ini akan
membantu si manja mengukuhkan kawalan koordinasi badan dan minda.
Aktiviti-aktiviti ini membantu cilik mendapat minda
untuk cerdas. Selain itu, otak mereka juga sedang ‘bersenam’ untuk
menerima seberapa banyak maklumat yang berguna. Hal ini juga meningkatkan
keyakinan diri dan memperkaya pengalaman mereka. Tidak salah mencuba melatih
minda anak kerana dalam masa yang sama ia membantu membina keterampilan positif
pada si manja dan menggalakkan pertumbuhan tubuh badan yang sihat sebagai
persediaan untuk menerima pelajaran di sekolah.
(Sumber: Majalah Pa&Ma November 2012)
No comments:
Post a Comment