Sunday, March 29

Galak Anak Baca

Antara buku dan televisyen, yang mana satu lebih menarik perhatian anak anda?

Jika di buat tinjauan rambang, tentu ramai ibubapa mengatakan anak mereka lebih gemar menonton televisyen berbanding menumpukan perhatian terhadap bahan bacaan.
Kalau menonton televisyen, memang mudah terleka, apatah lagi jika ia rancangan diminati dan ditunggu. Apapun, jika inginkan kejayaan anak, ibubapa perlu membuat peraturan menonton televisyen untuk anak.
Hadkan waktu menonton bagi membolehkan masa yang ada digunakan untuk mengulangkaji pelajaran, membuat kerja rumah dan beriadah. Selain itu, ibubapa perlu mengawasi pendedahan anak kepada permainan video dan internet.
Anda boleh membuat peraturan tidak membenarkan anak menonton televisyen ketika minggu persekolahan. Mereka cuma boleh menonton pada waktu hujung minggu atau jika mahu memberi kelonggaran, mereka juga boleh berbuat demikian pada Jumaat iaitu hujung minggu persekolahan.
Syaratkan anak cuma boleh menonton atau bermain selepas menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran atau waktu bermain pada jam tertentu.
Semaikan minat membaca dalam diri anak sejak kecil. Selain memperbanyakkan amalan bacaan al-Quran sewaktu mengandung, ibu boleh membacakan cerita untuk anak dalam kandungan bagi membiarkan ia terbiasa dengan suara ibu.
Ketika anak masih kecil, belikan bahan bacaan berwarnadan mempunyai ilustrasi menarik bagi menarik minat anak. Luangkan masa membaca buku cerita untuk anak. Cara itu dapatmeningkatkan kemampuan otak anakdan memperbanyakkan perbendaharaan katanya.
Terbit perasaan ingin tahi mengenai kesudahan cerita hingga membuatkan anak menumpukan sepenuh perhatian terhadap penceritaan anda. Perasaan ingin tahu itu mendorong mereka untuk bertanya dan membuat andaian cerita selanjutnya.
Sesekali, tanya si kecil apa kemungkinan yang berlaku pada pengakhiran cerita bagi merangsang daya imaginasi anak. Mereka akan berusaha mencari jawapan sendiri membuatkan otak sentiasa berfikir.
Ajak anak ke kedai buku untuk memupuk tabiat suka membaca. Selepas memilih bahan bacaan bersesuaian dengan usiaanak, biarkan pula anak memilih satu atau dua bahan bacaan yang mereka sukai.
Jika mereka seronok merasai pengalaman masuk ke dalam ‘dunia buku’, ajak pula mereka ke perpustakaan untuk ‘pengembaraan’ lebih luas.
Luangkan masa bersama anak memilih bahan bacaan yang sesuai di khazanah ilmu itu. Anak akan mengalami sendiri suasana membaca dengan penuh tumpuan kerana keadaan perpustakaan yang sunyi.
Setiap tahun, pelbagai jualan buku secara besar-besaran diadakan dengan nama seperti pesta buku atau pasar buku. Ini masanya anda mencari pelbagai jenis bacaan dengan tawaran harga istimewa. Bawa anak ke pesta buku untuk menunjukkan kepadanya budaya mencintai ilmu di kalangan masyarakat kita.
Selain menyediakan suasana kondusif atau bilik bacaan di rumah, pupuk minat anak untuk membaca walau di mana saja.
Tidak semestinya ketik hendak membaca, mereka perlu ada di tempat khusus. Biasakan membaca pada waktu terluang atau beberapa tempoh sehari sehingga ia menjadi amalan.
Hadiahkan buku kepada anak sebagai galakan minat membaca.
Walaupun pada zaman kecanggihan teknologi masa kini, maklumat boleh didapati menerusi pelbagai cara, membaca adalah sumber utama ilmu pengetahuan.
Pantau bahan bacaan anak dan alihkan tumpuan mereka terhadap bahan bacaan bermanfaat serta dapat meluaskan pengetahuan.

"Hadiahkan Buku Kepada Anak sebagai galakan"

petikan ini diambil dari Mingguan Metro (29 Mac 2009) - sekadar untuk perkongsian bersama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...